Yes.. Akhirnya saya berjaya mngajar baby nia utk bf direct. Asalnya dr dlm pantang die mmg x fully bf direct sbb wktu pg ak ajar botol dgn alasan supaya die pandai botol dan x direct je 24H..tp ak pernah baca page cikgu susu. Die kata jgn ajar botol dlm wktu pntg sbb masa brpntg adlh wktu trbaik utk ajar baby mcm2 skill bf... Yupss mgkin baby nia menghadapi masalah yg sama. X pro ngn skill2 bf ni.
Sampaikan nk berjalan pg pasaraya atau travel ak trpksa pam n bw stok ebm.. Yuhuu walaupun ak bnyak sgt pengalaman as an eksklusif pumping mother tp ak x nak ianya berlaku lg utk ank ke2.mestilah kena bljr dr pngalaman kan..
Bulan ke4 ak mesti ushakan agar baby pandai direct. As info baby sblmni pndai direct utk waktu mlm dan tdo je.. Itupun secara baring.. Kalau duduk maunye die nangis sbb x dpt..
Jadi sebagai usaha pertama ak kerapkn direct scr baring tp kalini ak buat waktu baby sedar. Nak tak nak pksa gak. Kene tengokla mud die ok, baru la pelan2 baring. Sampai pegi umh org pun ak sanggup pinjam bilik sbb nk baring utk bf baby.
N the second step.. Bile dah kerap dan ak berjaya x pam lgsg SI kat rmh. Sebaliknya ak kerapkan bf pd baby....ak trus pulak bagi skill bf secara duduk. YeZ berjaya.. Bila kali pertama berjaya aku mmg dah tak buat skill baring lgsng.. Ade masatu pg knduri kawen mmber kat segamat dan ak mmg x bw lgsng ebm. Wlupn baby ade jerit2 sikit sblm nk dpt susu tp die ttp mnum. Alhamdulillah berjaya..
Finally dpt gak ber bf bile berjalan2 di sunway. Tp kne berusha kumpul stok ebm. Lagi2 bile bulan puasa dah smakin hampir. Taula bulan puasa kot2 x ckup air ke.. X bangun sahur ke.. Kenala bersiap sedia. Lega rasanya dpt direct bf dimana mana. Mmg sng sangat. Xyah risau bw termos atau susu di mana mana. Cuma susu abgnye tula. Tupon kdg2 x bw sbb die boleh minum air kotak atau order air kat kedai mkn kan..
Kdg2 kite risau baby x suka botol.. Bila ajr botol xnak direct pulak. Ikut pengalaman ak sbnrnya setiap baby mmg berbeza penerimaannya. Yg pntg usaha kita.
Ok nak bg tips ringkas bg ibu diluar yg nak direct n botol ..
1) mulakan dengan direct pd hari pertama kelahiran
2) mulakan botol selang 2/3 ari. Takut lama2 t die xnak langsung terima botol.
3) berikan cuma sekali sahaja sehari iaitu pd setiap pg.
4) bila dah bekerja semula jgn bg lgsung botol di rumah. Kecuali bila anda bekerja sahaja.
5) bila anda perasan baby susah nk terima botol, cuba beri puting utk ank anda. Tapi jgn kerap. Kalau x nak ushakan agar die boleh main gigit2.
6) walaupun penggunaan botol dihrmkn di rumah, anda tetap perlu mengepam sekiranya anak tidak menyusu. Bagi memastikan pengeluaran susu anda optimum dan tidak merundum.
Ok ini nasihat bukanlah dr pakar laktasi anda. Cuma dr yg brpengalaman.. Setiap nasihat guru tu kan brbeza..trpulang pd bayi masing2. Mana satu yg baby nak terima. Kita cuma berusha sedaya upaya buat yg trbaik utk anak2 kita.